Hey there!
Mood baik pula hari ni tengok wajah sendiri depan cermin
yang diletakkan di tempat yang suram-suram terus jerawat tidak kelihatan, lalu
perasan diri sendiri comel pulak! LOL
Mood selepas makan malam kami adalah menyendiri dan buat hal
masing-masing. Bila lagi masa untuk bersendirian kan. Rumah bujang kami ada 10
bilik dan kami semua macam-macam ragam.
Jangan tanya saya kalau sebelah malam, saya memang
mengurungkan diri dalam bilik saja. Tengok movie kah, bersedih hati kah,
berangan kah. Di luar sekarang ada yang sedang dalam sesi bersolek-solek, ada
yang dalam sesi pasang lagu kuat-kuat sambil karaoke sendiri, ada juga dalam
sesi main daun, dan ada juga yang dalam sesi mengurung diri tidak tau buat apa.
Ini lah kehidupan orang tinggal kem. Tiada entertainment
which is TV, radio kah. Ada wifi tapi selalu tidak ok. Jadi ini lah kehidupan.
Simpan movie banyak-banyak, tidak pun macam saya download novel banyak-banyak
sebagai bekalan. Baca slow-slow sebelum tidur, dapat juga belajar English
sikit-sikit lagi.
Hidup perlu diteruskan. Hahaha
9 September 2016
9 September 2016
No comments:
Post a Comment