Wednesday, August 21, 2024

Galau ke tu?

Menjadi seorang wanita ni memang mencabar. Mood swing, overthinking dan yang sama waktu dengannya memang betul ada..hahaha sebab I also woman ba, I know laa. Orang lelaki simple, ada juga mood swingnya kali tapi tidak seteruk wanita. Jadinya menjadi seorang wanita itu setiap hari kena fikir positif, positif..kalau terbawa fikiran overthinking, negatif tu maka jadi lah kau wanita yang berfikiran negatif hari itu. And the thing worst, tiberr kau galau di whatsapps status, FB status..apa orang kata, meroyann?? Hahahaha.

Untuk mendapatkan hari dan pemikiran positif setiap hari bagi saya bermula dari diri sendiri dan persekitaran. Sudah lah kau jenis ikut perasaan, sekeliling kau lagi negatif apa kau rasa? Galau di whatsapps status lagi menunjukkan kau tu siapa kepada orang lain. Apalagi jumpa orang sekeliling pendengki, memang diorang ambil kesempatan tambah menyakitkan hati kau. Diam tidak bererti kalah kan? Tunjukkan kau seorang yang positif, yang professional punya orang tidak perlu tunjukkan kau galau so that people pun tidak dapat cari weakness kau untuk merendah-rendahkan kau. Paling penting juga, status tu semangat, peringatan dan kebahagian diri sendiri bukan untuk menunjukkan kau ada kelebihan kepada orang lain tapi cukup untuk diri sendiri, rasa bersyukur dan yang positif-positif untuk diri sendiri. Why not take a break from meluah perasaan negatif kau di status? Hahaha my 2 cents. This friend always galau..entah lahh mau di bagi nasihat, kita bukannya rapat sangat pun.

Bukan dia seorang saja sejenis negatif, saya kalau orang tidak reply chat pun saya galau berfikir saya ada buat salah kah? sebab saya sejenis bila orang chat, saya tidak boleh tidak reply..bukan sejenis ignorance sebab fikir diri sendiri kena bluetick saja untuk hal penting, kau rasa?? Kasihan gilaa..tapi selalunya sis yang kena bluetick oleh orang yang tiada adab HAHA. Walau segalau mana perasaan, senegatif mana perasaan membuak-buak mau diluahkan di FB end up saya akan post story yang positif, yang menggembirakan hati sendiri walau se simple pun ia, share benda-benda positif walaupun hati tidak tenang. Lagi pula, I knew that people tidak akan tengok sangat pun kan sebab FB story orang pun I just scroll juga takda lah ambil tau sangat pun kecuali people yang I rapat.

Share lah benda yang membahagiakan diri sendiri, mempositifkan diri sendiri sahaja..kau berperasaan galau sekalipun tiada orang akan kisah sangat kau sekarang, mentertawakan kau dari belakang ada lah. Just cut off people yang tidak buat kau bahagia, kalau saudara-saudara juga limitkan conversation, create boundary on thing yang menyakitkan hati anda, buat anda jadi negatif. Hidup ini singkat, kalau galau terus bila masa kau dapat menikmati kehidupan? Mencipta kebahagian sendiri?

Ehhh panjang ranting!