Wednesday, February 28, 2024

real life

So here I am again telling a real-life situation yang kau pun tidak akan expect terjadi, tapi terjadi dannn yess ramai orang fake sekarang ini hanya kerana nafsu diri semata-mata.

One or two month before saya resign from my previous workplace, ada ex-colleague yang sudah bekerja di tempat lain minta tolong carikan kerja untuk anak buahnya. Jadinya saya minta lah resume and send dengan HR department kami, saya perasan dalam resume tu tempat kerja lamanya baru kerja 3 bulan. My ex-colleague ni bagitau yang anak buahnya ni ada masalah dengan rakan sekerja, katanya rakan sekerja menyisihkan dia sebab dia rapat dengan bos dan diorang gossip bercinta dengan assistant manager yang sudah berkahwin padahal semua cerita tu tidak betul. Tu lah dia tidak tahan bekerja di situ jadi cari kerja lain. 

Pendek cerita, dia diterima bekerja di company sama dengan saya lahh tapi different region. Masa saya datang outstation di region diorang pun orangnya nampak alim, nampak matang dan kita tidak sangka lah perangai disebaliknya tu. Kebetulan masa tu tengah hot cerita seorang rakan kerja kami, suami dia skandal dengan kerani lain sampai pregnant dan whole family lelaki tu backup lelaki tu dan tolong sembunyi perkara sebenar lagi dengan isteri aka rakan sekerja kami. Dan dia lahh yang baru masuk tu paling selalu menggosip tidak suka lelaki begitu yang menduakan isteri dan bla bla bla bla. So after I resigned someone chatted me (hahaha), diorang ingat saya dengan dia (okay laa letak lah namanya E) ni are cousin since I helped her to join the company baa. That someone told me to advise her as she was couple with one of the assistant manager yang sudah berkahwin pun and I was like "hahhhh?" teringat betapa alimnya dan antinya dia kepada lelaki yang suka skandal dan perempuan bujang yang ganggu laki orang, macam sis tidak percaya. Jadi saya ignore saja lah cerita tu, lagipun I am not cousin with her. Saya hanya tolong sahaja sebab mau cari kerja kan..

Ex-colleagues saya kan suka chat tiba-tiba meluah perasaan, bukan seorang dua tapi beberapa orang lahh jadi teringat semula lah cerita E ni bercinta dengan assistant manager yang namanya J bukan nama sebenar. Dah lah J ni pun alim-alim juga, umur awal 40-an sudah ada 2 orang anak tapi family tinggal di kampung. Senang lah pasang perempuan lain di luar. So bila tanya-tanya orang lain memang betul lah ceritanya E tu betul-betul couple dengan J, sudah pula check in hotel sama-sama kononnya sudah 5 bulan couple. E ni rupanya pun memang couple dengan laki orang juga sebelum ni. Wow!! Nampak tak fake nya orang, memang type nya laki orang kot tiada lelaki bujang sudah di dunia. Sibuk menggossip orang lain, dia rupanya lagi handal bercinta sana sini dengan laki orang tanpa ada sikit rasa perhatian dengan bini orang tu macam mana perasaannya kalau tau. This is the real world! Memang ada perempuan macam ni, bukan setakat artis yaaa netizen biasaa pun ramai penyundal laki orang tanpa rasa malu.

Setiap kali nampak status whatsapps E ni rasa meluat, mau muntah pun ada dengan fake nya tu. Cantik sikit muka jadi buruk owh, apa lagi yang buruk begitu lagi lah macam sampah. Meluat! Dan begitu lah ceritanya masih berkesundalan juga sehingga sekarang. Minta dijauhkan lah saya kenal dengan perempuan begitu lagi..astaga. Nampak muka baik belum tentu hati, perangai, akhlaknya baik. 

Sekian~

Sunday, February 25, 2024

baiklahh lesson learned

Rasa macam kena scam pula dengan kawan yang bukan main manis mulut bercakap minta pinjam duit padahal kita ni pengangguran guna duit husband saja bagi pinjam dia. Dia kata after gaji akan bayar balik tapi mananya??? Kalau ada yang baca post saya sebelum-sebelum ni mengenai seorang ex-colleague yang boleh dikata berapa bulan sudah ni mau pinjam duit tapi selalu saya mengelak, minggu lalu tidak dapat sudah mengelak sebab macam tidak logik sudah alasan yang sama setiap bulan kan.

Sekali semalam ada berchat dengan ex-colleague lain. Dia kata diorang sudah gaji kelmarin dulu..terus teringat si kawan yang kata after gaji baru bayar. Dah lah chat whatsapps dia tu 24 hours dissappeared, memang hilang lah chat kami tu. Nasib ada juga save resit masa transfer dia duit tu tapi apalah gunanya tu kalau orang memang tidak mau bayar kan??? Kau menagih sekalipun kalau hatinya keras tidak mau bayar macam mana? Entah-entah sis sudah kena block ni hahahaa

Mengadu lah dengan husband hahahaa apa dia boleh buat? just dengar jak la. Lesson learned, no more bagi pinjam duit dengan orang. Biarpun sikit tapi itu hasil titik peluh, bukan titik peluh I tapi my husband hahaa. 

Nasib sikit baa kalau tidak mau meroyan juga sis. Sudah instinct kau cakap dia memang tidak akan bayar, yang kau setia kawan sangat kenapa, ingat orang mau kawan kau kah kalau bukan sebab mau pinjam duit?? Hahahaa.

Kbai..luahan~

Wednesday, February 14, 2024

the ex-boss

Ada lah ex-colleague yang masih chat-chat meluah perasaan pasal bos walaupun sis sudah lama resign dari tempat lama. Siap di hantar lagi video ex-boss memaki hamun, mengamuk di office diaorang. Dua tiga kali saya pergi dengar yaa sebab belum habis sudah close tapi penasaran juga tapi macam ku terbayang dia tengah marah depan mata XD memaki, membuang kerusi meja, menumbuk dinding office sampai berlubang..kau hado?? Kau hado bos gitu?

Memang tidak dinafikan di plantation memang culture nya boss seperti diberikan kebenaran untuk mengamuk, raging staff sesuka hatinya, teriak-teriak di ladang juga kebiasaan. Tapi itu di ladang! Tidak pernah pula dengar di office besar, bosnya boleh buat begitu dengan staf macam tiada undang-undang sumber manusia. Siapa pernah nampak orang viral di estet, bos ketuk kepala staf pakai safety helmet dengan teriak-teriak tu nampak lah sudah bayangannya kan. Sudah lah staf kerja siang malam kejar production, kalau field tak okay di marah lagi lah pula. Di pejabat ladang pun lebih kurang lah juga, macam kami dulu entah berapaaaa puluh kali di marah..but life must go on. Mau teruskan, teruskan..kalau tidak, resign.

Menitis juga air mata saya tengok video ex-colleague bagi, macam terngiang-ngiang pula saya yang dimaki hamun oleh ex-boss. Kalau fikir balik sekarang, macam sis tidak boleh sudah owh kerja di estet. Lemah semangat dan nurani kalau kena marah tu..tua betul kah ni perasaan sangat mudah tersentuh. Dengar video tu pun rasa sedih. Nasib sudah tidak duduk sana lagi.

Tapi seriously, di office besar tidak pernah bos marah staf. Sangat professional! Tapi my ex-boss ni main redah saja, masih rasa di ladang kah tu?? Sekarang kau tu sudah jadi bos, sudah jadi paling THE BOSS cuba laa jadi professional sikit. Orang tidak akan hormat lah dengan bos berperangai begitu, rasa paling the best in the world. Tapi selalu stress, sikit-sikit stress lepas tu marah orang sekeliling tak tentu pasal. Yang tiada kaitan pun terikut kena marah. Adehh langsung tidak fikir turnover staf resign. Hairann..kau urus lah sendiri itu company ba kalau rasa diri terpaling perfect, orang sentiasa salah. Tidak apa tegur, ni terus mau memanas memang tidak professional owh.

Terus ex-colleague lemas mau kerja sana..apa yang saya hanya boleh bagi nasihat, cari lah kerja lain. Daripada kau stress memanjang. Macam batu api juga kan suruh orang resign tapi mau buat macam mana. Kena belajar handle that boss mungkin belum kenal lagi, lain lah kami yang sudah berapa tahun dengan dia tapi eventually give up juga XD

Nasihat saya dengan diorang..cari kerja baru then resign! Seriously orang tua tu tidak akan pandai berubah.


Tuesday, February 13, 2024

Another blessing!

Another blessing this year! Walaupun hari tu pergi interview as a research officer memang failed gila, jawab main hentam sahaja namun guess what? Saya diterima bekerja as a research assistant! Finally, I got a job again starting March 2024. 

Jadinya sis baru mau spill the questions sebab rupanya diterima bekerja kan, kalau failed tu buat sakit hati saja mau spilled tea segala wakakakakaka. Jadi kalau search tips untuk interview, mana lah tau nampak entri ni semoga bermanfaat untuk release your nervous or curiosity apa interviewer akan tanya dalam interview kerajaan. 

Baik laa here we go:

1) Perkenalkan diri anda?

Kalau search di google memang banyak keluar yang ni, skema jawapan pun ada hahaha. Dan before interview pun memang ada ready juga la sebab malu kottt kalau tergagap di situ, pasal diri sendiri pun tidak tau kah? FYI, interviewer masa tu 5 orang which is 4 orang research officer pelbagai gred dan seorang ketua seksyen.

Secara ringkasnya untuk soalan ni:

- Nama, asal, umur

- Education background

- Working experience (gila sis explain ni yaa sebab setiap kali kerja di tempat baru mesti tukar bidang dan tugas XD)

Kalau dapat panjang sikit laa dalam pengenalan ni supaya interviewer tidak dapat tanya part lain XD


2) Pengalaman dalam penyelidikan

Since interview ni untuk research officer jadi kena hadap juga la benda ni..walaupun lupa-lupa ingat pasal final year project masa ambil bachelor degree ku hentam saja la explain.


3) Apa statistical analysis yang pernah guna semasa membuat penyelidikan tersebut?

Ada kan?? Takkan sis mau explain yang ni hahaha tapi saya dulu guna SASS lepas tu pernah lah godek-godek SPSS jadi explain saja laa XD


4) Apa sumbangan yang anda rasa boleh bagi kepada jabatan ini sekiranya diterima bekerja?

Soalan sini tonjolkan kelebihan diri! Memang sudah prepare awal laa jawapan yang ni, bagi yang logik dan jangan melebih-lebih sampai ke langit.

- komited kepada tugas yang diberikan (explain based on experience)

- bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan (explain based on experience)

- boleh bekerja di bawah tekanan (explain based on experience)


5) Jika pihak atasan marah/mengamuk, apa yang akan anda lakukan?

Sebab memang I'm well experienced on this jadi senang ja jawab LOL


6) Yang lain semua soalan berkaitan experience kerja dan subjek masa belajar di universiti, jadi be prepared. Jangan melebih-lebih explain sampai ke langit bab pengetahuan anda semasa bekerja. Antara soalan:

- semasa mengambil bachelor degree, di mana lokasi praktikal dan apa penyelidikan yang anda buat di sana?

- sekiranya bekerja di dalam hutan, apakah peralatan keselamatan yang mesti dipakai?

- adakah anda mempunyai pengalaman/pengetahuan berkaitan nurseri?

- adakah anda yakin boleh mengurus satu pasukan/orang bawahan sendiri?


Kemudian ada sedikit soalan berkaitan hal peribadi laa sebab sis kan sudah berkahwin,

- sekiranya anda diarahkan untuk outstation/camping dalam hutan sehingga 1-2 minggu, adakah anda sanggup meninggalkan keluarga?

Bahagian sini kan rasa mau cepat-cepat habis ja interview XD


7) Apakah isu semasa global, dalam negara dan alam sekitar yang anda tahu?

Kena baca-baca juga laa yang ni yer..jawapan saya masa tu

- peperangan di Gaza

- peningkatan semula kes COVID-19 di Malaysia

- isu GHG


8) Apakah talent/hobi/sukan kegemaran anda?

Pura-pura jak laa aktif


Last sekali sebab masa interview belum tamat yaa, mau juga kena habiskan 30 minit jadinya sis diberi peluang untuk bertanya. Jadinya saya tanya pasal projek penyelidikan yang akan dijalankan, bila bermula dan berakhir.

Sunday, February 4, 2024

Fake?

Hati manusia mana kita tahu isinya yang sebenar, di depan mata turut meraikan kegembiraan kita tapi dalam hati? Kadang boleh nampak dari raut wajahnya walaupun sebenarnya berusaha untuk menyembunyikan. Yeaaa saya tau ada yang memang ikhlas dan meraikan tapi tak ramai. Patut lah ada orang sudah berjaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, terus low profile dan tidak muncul jadi attention seeker sebab mungkin dia menyedari hal itu. Tidak pun dulu masa dia tiada apa-apa, di belakang kena cakap itu ini. Tidak mau judge orang tapi mulut orang mana kita tau. Hanya mereka-mereka yang tau tu. Kalau boleh, dapat pekerjaan lebih baik tidak perlu lah di war-warkan macam dunia ni kita yang punya hahahaa ada jeww orang yang dengki.

Bagaimana perasaan mereka sekarang nampak kita sedikit berjaya dari dia? Hahahaha padan muka. Dulu kemain tengok kita pun macam tidak mau baa hahaha sebab ya laa siapa saja la kita ni. Sekarang? Pura-pura happy untuk kita? Lol fake nya manusia. Setiap kali orang ada, mesti dia lagi banyak. Tidak pun paling show off hanya dia seorang yang paling have-have di dunia ni hahahaa. Orang lain observe saja tu dan ketawa dengan perangai show off. Mau tunjukkan yang paling have-have, tak tau orang lain sebenarnya lebih banyak cuma tidak menunjuk. Mungkin itulah caranya menghibur hati sendiri kan..

Lucu nampak muka fake laa. At first place pun kau memang tiada apa-apa dibanggakan baa cuma kau ja menaikkan nama sendiri supaya nampak paling bijak pandai dan paling have-have.

Panjang pula coretan hahahaha tengok jak lah nanti perangai manusia fake ni.