Monday, January 29, 2024

Snupee Mall?

Selepas Isharefans, now Snupee! Dah muflis pun semalam, ada dalam group sampai tidak dapat tidur mengenangkan duit masing-masing. Nasib juga limit saya sampai RM 200 sahaja, ada hati juga mau upgrade pergi RM 500 sebab husband bagi permission (yaaa kan saya guna duit belanja dia bagi) tapi was-was itu tetap ada walaupun hati tamak.

Modus operandinya after kita register akan dapat 2 free tasks. Task itu adalah participate in purchasing item sama ada dari Shopee, Lazada, Amazon dll dan kita ini kononnya akan menaikkan traffic untuk items tersebut. Lepas tu kalau kita tidak dapat beli barang tersebut dengan harga murah, kita akan dapat subsidi jualan dan itu lah hasilnya yang kita setiap hari buat task tu. Untuk 2 free task tu akan dapat subsidi penjualan RM 5, hanya 1 task setiap hari untuk VIP. Seterusnya kalau mau teruskan selepas 2 hari free task, kita kena beli VIP mengikut mana yang kita mau laa VIP50 kena bayar RM50 giteww. Yang awal-awal masuk memang untung lahh, kami ni kira yang di tengah-tengah laa tidak untung, tidak juga rugi. Keuntungan kita dengan VIP50 dalam RM 22 something, kalau up VIP200 keuntungan akan naik lagi. Tu lah sebabnya orang akan upgrade VIP sebab semakin tinggi type of VIP tu, keuntungan lagi banyak.

Isharefans dulu saya sampai free task ja pastu malas sebab entah mungkin masa tu rasa tidak berbaloi dan tidak okayy line di estet kan hahahahaa. Semalam aktif group Snupee macam-macam keluhan dan pengalaman orang yang kita nampak. Walaupun sebenarnya tidak kenal pun kan, tiba-tiba semalam boleh pula aktif bercerita dalam group. Hahaha

Yang sedih tu saya ada withdraw duit hari Sabtu dan Isnin pagi sebab sudah berkira-kira selepas habis remaining VIP tu mau stop lah konon, duit dalam Snupee account tinggal RM 0.86 tapi masih in progress of withdrawal masa announcement dari Snupee. Adakah akan burnt? Sepatutnya esok masuk akaun bank tapi entah laaa..kita tengok saja laa.

Lucu pun ada laa join benda begini XD

Sekian quick update! Baii

Sunday, January 21, 2024

Mensyukuri awal tahun ni~

Mensyukuri tahun 2024 akhirnya sikit demi sedikit bebas hutang. Masa kerja dulu memang sudah pasang niat habis saja PTPTN terus resign. Tapi sebenarnya masa resign tahun lalu PTPTN sis belum habis bayar lagi yaa. Masuk bulan Januari 2024 ni baru habis bayar..syukur yang teramat. Sedang tunggu surat @ emel dari PTPTN juga ni sebab sister saya cakap akan ada emel tapi takdeee juga ya. Kalau tidak terpaksa call lagi ni.

Kemudian hutang AEON husband saya juga sudah habis bayar. Ini lah semua pengajaran dalam kehidupan kan, terpaksa membayar hutang orang lain. Dulu husband ada beli kereta Proton Saga tapi masa 2018@2019 dia jual dengan orang lain tapi masih atas nama dia, tahun lalu kena tarik dengan AEON dan nama husband kena blacklist. Malas fikir punya pasal tahun ni habis kan bayar walaupun kereta tu bukan di tangan. Apa nak di katoo semua itu pengajaran dan pembuangan duit.

Jadinya tahun ini hutang hanya lahh ASB loan dan kereta tapi syukur dividen ASB loan + simpanan ASB tahun lalu lebih daripada cukup untuk membayar ASB loan jadi kita bayar guna itu saja laaa. Hutang yang perlu kami bayar tahun ini hanya laa kereta sahaja lagi, at least tidak lah terbeban sebab husband seorang yang kerja, sis hanya jadi suri rumah sahaja. Cukup makan juga laa kami, tidak kaya tapi cukup makan. Kena mula menyimpan juga sikit-sikit ni sebab duit dah kurang buat bayar hutang.

Husband ada juga tanya kalau saya dapat kerja semula adakah layanan dengan dia sama macam masa saya jadi suri rumah? Jangan harap laaa hahahaha piring makan dia pun tinggal ja atas meja makan malas cuci, sorry laa kalau saya sudah bekerja semula kan. Ehh tapi masih malas cari kerja, sedang santai-santai dengan affiliate Tiktok jaa tapi tu pun macam sis mau give up sudah. Haha..

Monday, January 15, 2024

coretan hari ni

Lama tidak pergi interview kerajaan hari ni rasa yang paling tua pula antara candidate yang hadir. Candidate lain semua muda-muda, baru habis belajar. Cute lagi muka-muka, no kedut-kedut lagi. Dan muka ku saja laa yang terus terang nampak sangat cover ketuaan. Yang candidate lelaki nampak macam anak-anak buah sis lagi hahahaha terlebeyy pula younger. Adeii rasa sangat tua!

Interview jangan tanya lahh, jawab main hentam saja. Apa di fikir masa interview tu jawab sajaaa..hentam dia! Hahaha fail memang jadi malas mau fikir, anggap lah hari ini sebagai kenangan yang tidak dilupakan dimana sis telah berjaya dipanggil interview kerajaan sekali lagi pada usia 3+ hahahahaa jom lahh cari kerja swasta kerana sememangnya sis tidak pernah dapat rezeki kerajaan.

Yang fresh lahh sesuai untuk kerja pegawai penyelidik tu sebab experience dalam penyelidikan final year project masih diingat ba, kita ni tahun 2014 lagi joo apakah lagi yang diingat. Yang diingat hanya kerja hakiki di luar bidang sejak start kerja.

Ok laa sedeyy, jom lah masak nasi dan tidur kejap. Semalam tiba-tiba baru datang nervous, tidur pun tidak berapa lena joo terbangun-bangun.

Sekian luahan hati yang pergi iv tak lepas hari ni~baii

Sunday, January 14, 2024

interview?

Permulaan untuk tahun 2024, esok ada interview jam 8.30 pagi. Entah lahh sis susah mau hurai macam mana perasaannya after some times kan tidak attend interview kerajaan yang formal lain macam bukan macam swasta. Dan sis selama pergi interview kerajaan tidak pernah diterima, which made me memang dari tahu saja dapat interview tidak akan menaruh harapan pun. Walaupun husband cakap kenapa laa fikir begitu, hahahaa memang i totally failed laa kalau pasal kerajaan ni.

Entah lahh. Sekadar menghadirkan diri esok. Wish me luck, jangan juga kc malu kumpulan kan langsung tidak dapat jawab soalan.

Sekian dari orang yang acah study dari pagi untuk esok~baii

Friday, January 5, 2024

duit oh duit

Speechless laa sis, muka ku ni macam banyak duit kah? Asal mau meminjam tanya dengan sis, padahal orang tidak bergaji yaaa..hanya minta duit dengan laki saja juga. Por que?? Dalam beberapa bulan ni sis mengelak sudah ni kena pinjam duit sebab duit dalam bank sis sekarang duit belanja laki bagi. Tidak mungkin saya akan mensia-siakannya dengan meminjamkan kepada orang lain yang belum tentu akan membayar balik. Optimis juga ni kawan-kawan akan bayar balik tapi masalahnya sekarang hurmm bukan hasil pencarian saya sendiri gitcheww.

Kalau lah orang tau sebenarnya bukan kau seorang jaa gaji cukup makan, perlu adjust budget sana-sini untuk survive. Cuma orang diam-diam sahaja dan adjust apa yang patut, budgeting is important contohnya berapa kali sahaja boleh makan luar, boleh jalan-jalan outing, balik kampung dan sebagainya. Kamu tidak pernah kah planning sedalam itu dalam kehidupan? Hahahaa. Sejak saya mencari rezeki sendiri semua benda tu saya fikir sendiri budgetnya, inikan pula yang sudah lebih berumur. Hairan juga!

Malah orang yang sama pula tu setiap bulan akan meminjam duit padahal gaji kalau ikut betul boleh menampung hidupnya sendiri since I knew memang dia dan husbandnya sama-sama kerja, means diorang afford untuk menanggung hidup sendiri. Baru bukannya tinggal di bandar, hanya di pekan kecil dengan gaji RM 20++ dan husband dia pun mesti lebih kurang jugaa.

Tidak dapat sis brain, dari tadi berfikir kenapa dia ni setiap bulan mau pinjam duit dengan saya. Hahaha bosan suda mencari alasan, kalau tidak kena bayar balik laki ku menanya laa pula. Tapi rasa bersalah juga sebab tidak bagi pinjam.

Aihh!