Lama tidak bersiaran di sini hahahahaaaa lama banget ni! Kenapa tiba-tiba saya buka blog ni yang recent orang baca pasal entri TAKDIR? guee hahahahaaa pasal gf baru ex-boyfriend dulu hahaaa. Biar lah malas I delete.
Saya kan macam baru keluar dari hutan, baru nampak outside world sebab lalui experience baru. Tau tak gaiss sis baru tau pasal cyst boleh juga developed in breast? omgeeee.
Ceritanya masa awal bulan April ada lump muncul di bawah breast kiri. Kalau bukan sebab tiba-tiba masa bangun pagi breast sebelah kiri sakit, saya mungkin tidak akan perasan lump tersebut. Ingatkan ia permulaan kepada bisul so kebetulan keluar masa Good Friday saya pergi farmasi minta ubat antibiotik untuk bisul. Lepas ubat tu habis, ia masih statik di situ. Jadi masa cuti raya bawa husband pergi klinik lah pula lagi, and the doctor suggested to do an ultrasound.
Nasib sangat baik sebab saya dapat appointment sekejap saja padahal my lil bro cakap biasanya klinik swasta pun akan selalu full slot. Dan biasanya klinik specialist dalam diagnostic hanya akan terima appointment sahaja, mereka tidak layan walk in. Jadi better call dulu minta appointment supaya tidak banyak urusan dan tidak penat. Berapa hari sebelum tu sudah fikir macam-macam sebab takut kanser tapi positif lagi kanser payu dara biasa bermula dari bahagian sebelah ketiak. Dan saya baru tau breast boleh tumbuh cyst gaissss. Memang ada satu yang saiz besar sikit tapi sekali di check kiri dan kanan cyst banyak gaisss tapi dalam saiz kecil-kecil. Kau check sendiri pun tidak rasa dengan sentuhan. So the doctor suggested me to stop taking my women wellness supplement, konon-konon mau berusaha untuk pregnant jadi I’m taking supplement beli dari farmasi masa hujung bulan Februari. Biasanya supplement untuk regulate hormone akan ada kesan sampingan seperti itu ya gaisss.
Baru sedar menjaga kesihatan dalaman sangat susah, makan supplement untuk kesihatan tapi kita tidak tau juga effectnya kepada badan kita. Sama ada dia okay atau akan ada side effect. Sedangkan dalam fikiran saya dulu supplement tu hanya makanan tambahan yang akan memberi zat/nutrisi tambahan kepada badan dan tidak akan bagi effect sampingan yang bawa penyakit.
Sangat recommended Klinik CDC Keningau yang provide medical diagnostic imaging center. Senang urusan dan staf doktor pun friendly! sebab saya datang dari Ranau, result of my diagnostic kan diorang tolong hantar pakai box express yang penting kita bayar the fee, which is sangat convenient untuk orang yang datang dari jauh kan. Tidak perlu balik ke Keningau ambil result sahaja after a week pergi buat pemeriksaan.