Saturday, June 5, 2021

pkp life?

 So how your pkp life so far?

Sejak PKP di umum kan hari tu belum pernah lagi saya turun pergi pekan sampai lah kelmarin. Memang tidak dinafikan kereta makin sikit berlegar di Pekan Keningau. After 5 pm banyak dah kedai mau start tutup, apa yang dikhabarkan ada pihak berkuasa akan datang meronda. After 7 pm pekan akan start sudah jadi pekan zombie hahahaha.

Apa drastic changes yang ketara adalah pertambahan abang-abang pakai baju pink hantar makanan. Yess abang Food Panda! Nampaknya rakyat jelata Keningau betul-betul stay at home ehh hahahaha senang lah ada Food Panda, tidak perlu masak di rumah. Buat yang bekerja dan ada anak-anak di rumah (ya lorr cuti sekolah kan) jadi senang lah suruh jak abang Food Panda hantar. Source of income untuk yang diberhentikan kerja atau tempat kerja tutup masa PKP ni. 

Kalau harap bantuan kerja dari kerajaan semata, susah juga kan. Keluarkan KWSP pun masih susah juga, apa lagi yang tinggal di bandar. Tidak dapat bayangkan.

K lah bai (sambil hirup kopi, makan biskut, dan chill dengar lagu dari youtube :D)

Friday, June 4, 2021

Oh keretaku!

Tarikh yang sis akan sentiasa ingat sampai bila-bila. When you don't have your family on your side, when you're alone in stranger world dan terpaksa kau buat semuanya sendiri. Maka terjadi lah detik seperti ini....



Hahahaha tukar tayar sendiri joo! Tayar kereta sis sebenarnya sudah seminggu pancit dan tiada siapa yang mau tolong tukar since sebelum ni memang sudah pernah pancit tayar sebelah kanan belakang. Masa tu semua mau ikut tolong tapi kali ni tiada yang bersuara aa. Saya minta tolong, diajar lagi pasang jack dan tukar pergi spare tyre sendiri. Tidak kau sedih?

Kecil hati? Tidak la juga cuma terkilan at first kita kan perempuan lemah. Ceii padahal sebenarnya kita boleh ja buat kan. Oleh sebab mau keluar weekend ni dan tayar masih pancit dengan itu rajin lah saya google dan tengok di youtube macam mana tukar tayar kereta hahahahaha sebabnya sampai bila dibiarkan begitu kan. Dalam youtube kau nampak benda tu macam simple jew tapi sebenarnya tidak, kena kerah tenaga perempuan juga. Nasib baik lah ada laki I tunjuk macam mana skill buka nut tayar tu tau. Kalau tidak memang tidak tukar lah sampai bila-bila. 

So tadi sebenarnya sis telah berjaya longgarkan nut ja lepas tu ketatkan semula kepada keadaan yang kurang ketat lah. dah pasang jack dan naikkan sikit pun. Esok tinggalkan naikkan lagi jack supaya tayar tu tidak mencecah tanah and then longgarkan sampai habis nut dan keluar kan tayar dan gantikan dengan tayar spare. And then ketatkan balik nut lah. Nasib baik lah dia buat hal selepas beli nut untuk spare tyre sis tau.

Selama ni spare tyre saya tu takda nut yang sesuai kepadanya. Tengok rim tu laki I yang pergi tukar jadi nut dah berbeza. Nasib baik ingatkan dia hari tu untuk beli nut spare tyre tu sebab sis ni selalu jalan sendiri ke mana-mana. 

Syukur juga ada pengajaran begini, at least kalau ada apa-apa di jalan raya after this. I mean kalau tayar pancit di tengah jalan lah pula, boleh juga tukar sendiri kan. Tapi minta dijauhkan lah :D

Hari kejadian 4/6/2021 jam 5.40 pm.

Tidak dapat siapkan tadi sebab mau gelap sudah. Tu lah esokk after office hour baru sis tukar hahaha. Lagipun segan kepada penglihatan orang ramai yang lalu lalang. But whateverrr lah baa kan.

Thursday, June 3, 2021

I hope you all are fine!

 Hello uolls! Kotobian tadau tagayo do kaamatan and selamat hari gawai! Stay at home ke tu???

Kami macam biasa lah duduk dalam estate sahaja..terperuk lah sini sampai 14hb Jun. Lagi pula tayar kereta sis pancit jadi memang stay at home saja la ni. Mau pinjam pam manual tiada siapa yang ada. Haishh ada juga saya pergi tukar tayar spare ni nanti ganti di Keningau jak, susah-susah. Hurmm

Lemah la jadi perempuan.

Macam sis pun down dengan semua perkara sekarang ni, entah laaaa entah laaaa kenapa kehidupan begini. Banyak dalam fikiran sampai kadang tidak dapat tidur malam. Semuanya pasal kerja, semuanya pasal mau kejar kerja. Tak bosan kah??

Mungkin tiba masanya mau berhenti.

Buntu.

Buntu!

Hahahaha.

Harap semuanya akan jadi okay semula esok hahaha. Asyik mengeluh, lupa bersyukur dengan Tuhan masih ada tempat kerja, masih boleh bekerja, dan masih ada punca pendapatan ketika ini.

Hurm.

Uolls pun mesti ada benda yang sedang difikirkan, struggling in a situation yang orang lain tidak faham langsung, dan dalam situasi yang kita tidak boleh describe or we cannot tell others because of privacy and so on and so forth.

I hope you guys okay too..we all in same boat right now, maybe different situation tapi rasa down nya sama. 

Kbai saja datang mengeluh dalam blog ni after 2 days straight balik after jam 10 pm from office and today also almost 7 pm baru dapat balik.