Tetiba rajin update pasal produk Mary Kay :D sebulan yang lalu sis sudah jadi member Mary Kay aka Independent Beauty Consultant Mary Kay. Gara-gara mahu dapat harga produk lebih murah. Kalau bab sales and marketing ni sis lemah yaa teman-teman tapi kalau mau skin analysis or skin consultation, sis cuba yang terbaik hihi.
Anywayss the first and second things sis sudah beli adalah Skinvigorate Brush and Facial..memang dari awal aim ni sebabnya kawan saya seorang sudah pakai the brush for almost 6 months and the result is wow! Dia rasa kulit sangat bersih sampai boleh nampak pori dan terbuka luas after cuci, and after that senang la apply apa-apa products macam moisturizer kah serum kah. Kannn.
So after a month sis pakai beauty tool ni, guess what?? Mesti lah positif kan. Bukan setiap hari pun pakai ni masa cuci muka sebab kadang pakai face scrub jadi tidak digalakkan pakai sekali dengan skinvigorate brush sebab boleh buat kulit anda menjadi kering. Sebab brush ni is one type of exfoliator juga. Memang rasa muka akan sangat bersih.
Untuk Facial head tu pula...okayy guna semasa kita apply serum supaya kulit dapat absorb serum semaksimum yang mungkin. Hanya untuk serum ya! Dan kalau sis ikut kerajinan juga pampering my skin but since baru lagi kan, every two days sis urut-urut muka sebelah malam. Facial head ni berfungsi untuk melancarkan peredaran dalam dalam kulit muka kita selain boleh relax muka, kurangkan penuaan kulit dan yang sewaktu dengannya lah.
And guess what? Hahaha sebab sebelum ni sis ada masalah penuaan yang ketara which is ada garis-garis halus bawah mata dan tepi mata yang sangat ketara. Baru 32 tahun kott! Sampai dah pernah ditegur pun oleh orang sekeliling dan sis sangat maluuu :( sebab rakan sebaya lain tiada pula macam diriku. Baru sebulan pakai kan dah makin kurang garis-garis halus uolls. Orang pun tidak bercakap sudah hahahaha
Gambar ni bukan gambar ehsan google ya, gambar sis sendiri tengok lah tu editnya pun tidak hahaha.
Kalau berminat dengan produk Mary Kay boleh je komen-komen kat sini, sis boleh bantu. Tidak pun cari lah orang-orang terdekat yang sudah menjadi IBC Mary Kay yerr. Let's spread the benefit of Mary Kay tools yang best ni :)
Kalau pasal produk skincare nya belum berani bagi honest review since sis pun belum beli complete set yer everyone. Baru yang ni pasal memang sudah guna sendiri. Love love love sangat!
And one thing lagi yang best dengan Mary Kay ni, bila kita order produk kan dapat banyak free gift best-best. Masa first month order, dapat free gift Indulge Soothing Eye Gel yang berharga RM 94/unit..siapa mau bagi free macam tu kan. Dan kebetulan masa sis sign up jadi member tu anniversary apa tah dalam Mary Kay, dapat free gift make up pouch yg glitter glitter pinky wow! Tetiba ja city link call bagitau ada barang Mary Kay sampai. Dapat satu lagi collection baru.
And then tadi sebenarnya sis baru placed order untuk bulan ni, sebab ni baru bulan kedua dan sis pun malehhh lagi cari orang. Beli untuk diri sendiri jak hahahaha dapat 2 free gift..wowwww! yang satu pencuci muka botanical effect harga RM68/pcs and ada satu lagi free gift tapi tau tak, saya tidak ingat. Nanti sampai baru I share kat blog. Hihi excited pula.
Okay laaa sekian perkongsian about Mary Kay Product
XoXo
IBC Ester