Saturday, May 30, 2020

Random ranting

Kotobian tadau tagazo do kaamatan!!

Bagaimana sambutan Kaamatan di tempat anda?

Saya di estet ni hahaha semalam balik sini sebab ada farewell party dan sambutan raya dan sambutan kaamatan juga. Nasib juga sebenarnya balik semalam, sebab malamnya hujan di sini jadi jalan masuk estet masih licin. Ini lah rintangan paling besar di sini, JALAN TANAH MERAH!

Saya tidak pasti adakah disebabkan saya memang suka hidup bersendirian atau kah memang sudah biasa berjauhan dengan family, tapi bila balik kampung saya akan stress sekejap. Hahaha ini lah itu lah tidak kena di hati. Tambah lagi saya balik kampung tiada air lah hahaha terus saya rindu pula balik estet. Tapi bila sudah sampai estet, rindu lah pula di kampung sebab ada family. Boleh kacau anak buah saya. Hahahaha entah lah kenapa ni tidak reti bersyukur agaknya. Moga dijauhkan dari perasaan yang tidak baik.

Dan hari ni saya dapat perkhabaran bahawa esok ada training clerk akan masuk bantuin gue. Sedang berfikir apa mau bagi dia buat kerja, jadi apa-apa yang pending saja lah saya akan bagi dia buat hahaha maksudnya di sini bagi dia buat the basic seperti taip-taip, tukang call-call sahaja hahahaha. Untuk permulaan lah kan. Semoga kerja ku akan sentiasa update lepas ni hahahaha. Bila kena tambah kerja ni, saya pun sudah start bingung..banyak betul mau dibuat.

Walau apapun, life goes on!

Sekian luahan dan pembebelan. Hi June!

Saturday, May 16, 2020

Trending??

Apa yang trending di mata anda ketika ini? Oleh sebab PKPB, masa kita banyak dengan handphone scrolling down social media. Hahaha sampai kadang lupa pasal kerja at last masa suku masa terakhir di office baru gerigau, baru rasa tidak siap kerja. 

Saya bukan orang yang jenis ikut trend tau hahaha hanya jadi pemerhati, hampir juga terjebakkk tapi belum lagi lah kan. Sebab fikir diri ini is matang. You should be matang at this age, pls!! Jadi terpaksa lah buat-buat matang. Hahaha

1) Orang post makanan yang diorang masak. Sampai ramai yang terjebak. Ada juga ikut sikit-sikit, tapi patut masuk group resepi tidak jadi. Pasal asyikkkk tak jadi jak masakan gueee, ada jak spoilnya.

2) TikTok. Ramai betul post video TikTok zaman now. Ada yang best, ada yang tidak hahahahaha.

3) Makin ramai budak remajaaaa jadi cantik dalam social media, jadi seksi sampai tidak cukup kain. Demimu IG dan followers gitchewwww. Tapi realitinya in real life masih pakai duit mak bapak, kalau takda mak bapak tak hidup mereka. Masih budak hingusan ba yang lain, kalau kena buang dalam hutan boleh mati sebab cannot survive bilang diurang. Hahahaha. Dalam IG kemain kau flawless, putih melepak sekali dalam real life jauh panggang dari api hahaha.

4) Ramai jadi Beauty Product Consultant? Macam Mary Kay hahaha. Bukan saya tidak minat tapi takda duit dan takda kecekalan. Best of luck to all of you. Ramai lah post di IG sudah jadi cantik dalam 2 3 hari, tiada kulit kusam, tiada jerawat. Tidak pasti lah in real life kan. Sebab cosmetic saya takda lah minat sangat sebab saya bukan pandai mekap. Jangan hairan lah kalau semua orang lain sudah jadi cantik, yang anda masih lagi di takuk yang lama hahahaha apa-apa lah kan, asal masing-masing bahagia. Kadang jealous juga, tapi kita kena tengok juga kemampuan sendiri. 

5) Of course makin banyak tutorial bermekap kan..best juga tengok, tapi macam no. 4 kena tengok kemampuan diri sendiri. Hahahaha

Tu jak kot. Anything else???

Hahahahaha.

Tahun 2020 ni memang tahun yang akan diingati sampai bila-bila, dengan Corona Virus ni juga lah tiba-tiba banyak benda jadi trending. Hopefully the world will heal soonest! 

Baii.

Sunday, May 3, 2020

Moments to remembered

My ex-boss was passed away on 22nd April 2020. Sudden news, kau tidak sempat bernafas dengar berita tup tup dia pergi. You're gone too soon, Bos Tim :( you'll always in my heart.

This my ex-bos dia memang friendly orangnya. Circa 2015 saya sampai di Keningau, specifically Sook Keningau. Baru mula kerja, saya langsung tidak kenal siapa-siapa dalam ex-company saya tu. Iklan kerja tu pun saya main apply saja di Sabah Job Centre, saya langsung tidak tau Sook Keningau itu macam mana rupanya bentuknya :D main terjah saja apply sebab I really need a job. 

September 2015. Saya kena ambil di Pekan Keningau kemudian sampai di Sook Keningau, kemudian masuk camp 45 minit dari Pekan Sook. Kemudian masuk Pingas Camp about 45 minutes from Base Camp. Lol

Sekali sampai sanaaaaa hahahaha sabo jak lah ai, nasib sudah beli barang sikit-sikit. Lepas tu makan pun di kantin jadi at least ada juga tempat makan. Dan masa ni saya tinggal dengan ex-bos saya ni. 3 orang kerani bujang tinggal dengan dia termasuklah saya. Dari situ lah saya rapat dengan dia, dia memang friendly orangnya.

Semua jadi senang sebab ada dia HAHAHA saya ingat lagi kami pernah pergi beraya dengan dia di rumah pekerja sampai tengah malam baru balik, lepas tu kalau weekend dia balik kami tengok movie hantu guna TV dia. Kami karaoke pakai barang dia hahahaaha lepas tu kalau dia balik dia masak makanan western suruh kami try. Lepas tu candle light dinner lagi dengan dia hahahaha. Setup tempat di belakang rumah dia, pasang-pasang lilin bagai. lepas tu ada wain-wain lagi. Lols

Sampai lah saya kena transfer di Base Camp baru saya tinggal dengan staf-staf perempuan yang bujang!

Sampai lah saya sudah resign dari sana pun dia masih juga contact kadang-kadang, tanya khabar, bila mau hang out pergi happy hour.

Tidak sangka betul! 

Kalau takda dia, saya tidak tau macam mana mau adapt dengan new environment di camp dulu. Dia yang kenalkan dengan semua orang, walaupun masih awkward dia bawa saya pergi pembukaan tanah di Pandiwan even though baru 2 hari saya bekerja masa tu just to make me comfortable with the place, untuk berkenal-kenalan dulu dengan staf lain. I really appreciated that sebab selepas saya kena transfer, saya kena deal dengan orang-orang tu juga akhirnya.

On 20th April kira-kira jam 1 petang dia dijumpai pengsan dalam bilik, kena hantar pergi hospital esoknya result diagnosis adalah kena Strok. On 22nd April, he was passed away. Tidak sempat pun pergi melawat dia sebab PKP, lepas PKP nanti plan mau melawat kubur dia :( :(

RIP Bos Tim :(