Tuesday, March 24, 2020

Corona Virus #2

Update from first entry about our experience here.

Even though we are less exposed to this virus due to we live in the rural area aka hutan (hahahaha) but we still have strict precaution to prevent it from happening here. Yala kan manatau workers dari Indonesia bawa virus or orang luar yang datang masuk estate for example orang luar datang jual ikan dan yang sewaktu dengannya. Memang kita tidak benarkan masuk sekarang, malah orang baru pun tidak di ambil. Dan pekerja dalam sini dilarang keluar.

Food supplies untuk estate pun sudah dibeli. In case lah kan.. untuk prevent our workers from kebuluran hahahaha sayur boleh cari tapi barang asas mesti lah kena ada kan. With cheaper price tau jual dengan workers, langsung tiada ambil keuntungan. Salah satu kebajikan untuk mereka lah.

Cuba bayangkan SARDIN kami jual dengan workers RM 1.20 sahaja 1 tin (high quality juga sebab sardin buatan Malaysia), KOPI TENOM 80 gm RM 1.20, gula, garam, mee segera, beras 10 Kg, ikan masin dannnnn minyak masak dalam plastik. Haaa minyak masak ni ada mahal sikit RM 3.20/pek. Sebab beli bundle kan jadi dapat harga murah, itu yang jual dengan pekerja pun murah juga. Minyak masak pun kami takda ambil untuk, memang macam tu harganya. 1 kotak dalam RM 58 +, dalam 1 kotak ada 17 plastik sahaja.

Selain itu, sebelum masuk office kami disediakan handwash dan air cuci. Lepas tu dalam office pula disediakan hand sanitizer dan sarung tangan.

How about you all??

Begini lah experience simple dari orang duduk estet.

Baii.

Saturday, March 21, 2020

Corona Virus #1

We can get through this!!

Am I the only one masih ketinggalan jaman masih guna blog untuk share my thought and opinion? Who else still using blog until now to write up their life journey? Hahahahaha hanya terfikir. I'm here to jot down about Corona Virus as a life lesson and my memory in the future. Just ignore this post if you don't like it. Haha

Masa Movement Control Order diumumkan oleh Perdana Menteri, mau juga ikut-ikutan bercuti di rumah. Tapi tiba-tiba dapat arahan yang industri kelapa sawit beroperasi seperti biasa. So here we are, still working and I'm okay with that. Yalah kalau tidak kerja hujung bulan ni gaji taraaaaa..kecian juga dengar ada yang sudah balik kampung sebab tiada pendapatan di bandar sebab diorang gaji hari saja. Tidak kerja, tiada lah duit..gitchewww. 

Kebetulan masa diumumkan Order tu saya akan bercuti esoknya, mau sambut birthday di kampung tapi tidak kesampaian. My brother tidak galakkan balik. Baru sehari saya duduk di staff quarters di estet, esoknya turun kerja sudah. Boring gilaaaaa...sudah biasa kerja pula. Plus duduk di hutan ni apa aktiviti yang kau dapat expect selain tengok drama Korea dan movies. Nasib baik ada Netflix.

Disini ada seorang staf yang sedang dikuarantin 14 hari. Lepas balik kampung di Kota Belud, terus dia demam dan sakit tekak masa balik sini. Masa pergi test hari tu result adalah negatif, tapi kena suruh kuarantin 14 hari lagi. I hope the result will be negative, if not we all here will be doomed.

Other than that, office kami setiap hari disembur dengan pembasmi kuman. Campuran clorox dengan air, and semua staf diberikan masing-masing sabun Dettol. Lepas tu as for me mesti minum air banyakkkk sebab cuaca di sini memang panas yang cenderung menyebabkan selsema dan demam. Lagi-lagi saya ni minum air manis sikit, kejap lagi start lah sakit tekak dan start lah mau rasa demam. Tu lah harus minum air banyakkkkkk. I hope you guys too aaa..

I hope everything will be fine here. Nasib baik kelmarin bos kami keluar apalagi minta tolong lah beli sayur banyak-banyak untuk bekalan since I'm a fan of vegetables, I cannot live without them. I better have vegetables than meat or chicken or eggs or processed foods or etc. hahahahahahaha I really can't. Sanggup makan sayur ulam dari makan sosej, lebih kurang lah begitu...kambingggg sangat hahahaha. But of course we need to go out to buy some groceries, jadi pergi mini market saja beli lah barang makan kering such as maggie (it's a must, just in case kami akan mengalami kekurangan makanan. Think for the worst hahahahaha), kari ayam dalam tin (they also sell sardines but MADE FROM CHINA hahaha which is a big NO for me), sausages and etc..barang peribadi pun beli juga manatau tidak dibenarkan keluar sudah. And taraaaaa today we got news that "WE ARE PROHIBITED TO GO OUT FROM THIS ESTATE" walaupun kerajaan announce hanya ketua rumah boleh keluar, but our management had decide that we cannot go out from here. Thanks God that I already buy the necessities and food supplies yesterday. I hope it can tampung us until 31st March or until gaji.

I see people kept posting about panic buying, ada yang marah ada juga yang sokong. Mungkin panic buying tidak patut lah kalau di bandar-bandar kaaaaan sebab banyak supplies and ketua keluarga masih boleh keluar. But as for us??? We need that PANIC BUYING. Hahaha sebabnya kami tidak dibenarkan langsung untuk keluar.

Stay safe everyone. Stay at home!! Baii..

Saturday, March 14, 2020

Todayyy

People is weird. You think you knew well your friend but end up you surprised with their act. With what they are up to. 

My friend, R bukan nama sebenar (hahahaha) memang kawan rapat saya masa saya mula-mula kerja dalam company yang okayyy sikit (hahahaha i mean here is I started working with established company with the 'executive' position, sebelumnya I kerja di kedai handphone aje using my SPM and kadang-kadang jadi promoter untuk tampung hidup lols). 

Jadi ceritanya even saya sudah berpindah randah tempat kerja, dia still kerja at the same place. Dan satu hari dia mesej saya meluah perasaan. Sebab dia tiada tempat meluah perasaan plus what she had been done was secret from anyone there. Because ia betul-betul so wrong!

R dia sudah berkahwin. Masa dia start mesej saya semula dia sudah ada seorang anak. And guess what she was done??? Bercinta dengan colleague in secret padahal laki dia sendiri pun kerja di tempat yang sama. Macam mana tu? Kau tidak surprised dengan keadaan begitu? Tu lah semua yang dia buat adalah in SECRET. No one knows even her bff ka colleague yang dia paling rapat sekalipun. Because its so wrong! Kalau kita dengar sekalipun memang benda pertama memang kita marah. 

Tapi I didn't judge her anyway. Bukan saya kenal lelaki tu. Cuma saya kesal saja sebab masa dia nikah dan sanding dulu saya ada datang meraihkan dan berharap dia bahagia dengan suami dia. Tapi dalam rumah tangga mungkin ada pasang surutnya, dia gaduh teruk dengan laki sampai satu saat dia sedar dia mencintai orang yang selalu dengar luahan hati pasal rumah tangga dia dan akhirnyaaaaaa.....

Lelaki itu mau bertunang!

Di situ dia mula galau. Diorang sudah ada hubungan istimewa lebih satu tahun dalam diam. Kalau laki R outstation, J bukan nama sebenar datang rumah. Dan yang lebih-lebih tu I tidak tau lah tapi katanya tiada sampai hal-hal yang lebih-lebih tapi hanya Tuhan yang tau segalanya kalau dia tipu. Sebab cara dia sakit hati tu lain macam tapi I positif jak lahh.

R mau break dengan J tapi J tidak mahu. Lol lelaki apakah begitu? Ketara sangat kau player. Dia mau bertunang tapi dalam masa yang sama tidak mau break dengan R. Lepas tu drama terus berlarutan sampai part R mesej-mesej tunang J. Ada saya nasihat R supaya move on dan lepaskan J tapi ntah lah kan macam mana, dia boleh berlarutan dari Mei 2019 sampai lah Mac 2020. Macam tidak selesai-selesai, bagaimanakah itu?

Saya selalu ingatkan dia supaya move on, jangan biarkan rumah tangga dia musnah. Dan sekarang dia berbadan dua anak kedua. Tapi masih lagi cerita itu berlarutan.

J si player tu sudah mempermainkan beberapa perempuan lain dan si R ni sakit hati, tidak tau pasal apa tapi yang pasti J sampai menggelarnya yang bukan-bukan. Lepas tu R pegi mesej tunang J di FB mahupun SMS biasa, lepas jak tau kejadian begitu tunang J terus block R dari segala-galanya. Maksudnya memang dia mahu percayakan J sampai bila-bila. Lols takut kena tinggal tunang, tengok muka pun memang sudah berumur sikit. Saya tidak tau apa lagi usaha lain R sampai dia puas hati. Bertuah lah J mempermainkan R, nampaknya kau kena!

Boleh J marah dia jangan libatkan tunangnya, tapi dia di sini senang hati mainkan hati perempuan, rosakkan anak perempuan orang. Lepas tu mau tunang dengan orang baik-baik. Banyak cantik muka luuu..harap spesies begini hilang dari muka bumi. Sebab dulu saya dengar juga cerita dia main hati perempuan dengan mengaku masih bujang, lepas tu kapel sekejap sampai tahap merosakkan anak orang dan end up tinggalkan orang. Semoga kita, anak-anak, kazen mazen, saudara mara tidak jumpa lelaki buaya begini.

R saya harap dia dapat move on dan lupakan pengalaman pahit dia, semoga dia jadi isteri yang baik kepada suaminya dan jadi mama yang baik untuk anak-anaknya. Lupakan lah lelaki begitu, move on laaaaa panjang sangat sudah cerita diorang ni, I saja jadi pendengar setia. Masuk 2 tahun sudah. Saya harap dia moving forward, anggap saja lah pengalaman dan JANGAN BUAT LAGI. JANGAN BUAT LAGI SEBELUM KANTOIII, GILA!

Jangan judge. Saya simpan sini sebagai pengajaran dan menjadi kenangan suatu hari nanti.

Bai. 

Thursday, March 12, 2020

thought

Bila perasaan cinta itu hilang, segalanya berubah. Yang manis sudah hilang, semua nampak pahit. Semua kesedaran muncul. Kenapa lah dulu tidak dapat berfikir waras, benar lah 'cinta itu buta'.

Hargai apa yang kita ada sekarang. Kerana adanya dia, baru kita sedar sebenarnya dahulu kita diperkotak-katikkan, dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri. Baru kita sedar sebenarnya cinta dan bahagia itu luas, bukan hanya dengan dia yang dulu.

Semoga semua yang masih kecewa, sakit hati kerana ditinggalkan ketika ini bertabah, bersabar dan kuat. Kerana cinta yang lebih baik pasti akan datang.

Walaupun tidak sempurna, bahagia yang ada akan lebih baik kerana kita sudah sedar dan belajar dari masa lalu. 

Sunday, March 8, 2020

Silent Treatment

Selfish kah saya buat begitu dengan orang?

Sebab kita paling concern perasaan dia, dia pula langsung tidak fikir perasaan kita. Mau start war kah apa? Sebab saya sudah biasa buat silent treatment dengan orang ni. Sejak dari zaman study lagi.

Kau acah-acah lah depress, kau cerita lah dengan orang. Sebab jenis saya hal begitu saya tidak pernah cerita dengan orang, baik dihadam sendiri. Muka semua orang bermuka-muka, tiada seorang pun boleh saya percayai. Kan semua ada mulut.

Jahatnya akuuu..tapi saya mau protect perasaan sendiri. Daripada saya terus sakit hati, bila kau start mau buat hal sendiri rasakan lah saya pun boleh buat hal sendiri. 

Hi Mac!!



P/S: Pergi stay 1 night di hotel sebab sebulan duduk hutan, minggu lalu pun tidak keluar. I iz sangat BOSANNNNNNNN