Monday, January 20, 2020

Maragang Hill, Mesilau Kundasang

Trip last minutes yang mencemaskan tapi kami berjaya sampai juga.

Cuba bayangkan colleagues kami yang lain ada affected by flood, kami pula tergesa-gesa keluar dari estate sebab mau hujan. Kalau hujan saja, confirm tidak dapat keluar sebab pakai kereta kecil.

Maragang Hill siapa tidak tahu? Trending betul pergi hiking tempat ni sekarang. Masa mula-mula buka, Guide yang bawa kami cakap boleh sampai 500 orang naik sehari, cuba bayangkan tu. So diluar sana jangan segan jangan malu, cuba lah hiking sini pula. Tu lah juga sebabnya me and my housemate pun terjebak gara-gara mau bergambar di tempat yang dinamakan Maragang Hill hahaha sampai plan last minutes dengan colleagues yang jauh nun di sana di Ranau.

So kami menginap di Kampung Mesilau Kundasang malam sebelum esoknya memulakan hiking. Tu pun penginapan bajet saja tapi takpa kami rela hahaha jadi kami menginap di Qistina Inap, kawan yang carikan. Malamnya tidak payah cakaplah betapa sejuknya, susahnya mau tidur. Adoii macam mana lah orang Kundasang mau tidur lena malam kan, satu lapis stoking pun tidak cukup owh. Saya ni memang ada alergik sikit dengar nama sejuk hahahaha.

Trip ini seawal 6.00 pagi, itu pun lambat juga jadi sebenarnya kami start hiking jam 6.30 pagi la. Sebabnya masa di kaunter sempat pula beli baju Maragang Hill, lepas tu sempat lagi tukar sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum memulakan hiking, kami ada briefing dengan Guide lagi. Kami seramai 9 orang, ada 2 orang guide yang turut serta dalam perjalanan. Dan yang bestnyaaa hahahaha malam sebelum ada hujan jadi laluan hiking kami licin. Apa boleh buat lah kan, redah saja la.



Sedikit sebanyak gambar hahahahaha nampak tu berlopak-lopak



Sejuk yang amat yaaa tapi bila sampai di pertengahan jalan, kau akan start berpeluh-peluh dan kepanasan. Last-last buka baju sejuk sudah. Tapi masa turun balik sudah sejuk lagi, jadi pakai lagi baju tebal hahaha.







 Sampaiiiiiii tapi tidak sempat bergambar dengan Gunung Kinabalu. Kami tidak bernasib baik kata Guide. Lagipun biasanya orang ambil time yang jam 3 pagi ba, kami saja yang jalan jam 6 pagi lols. Cuba bayangkan kawan kami yang lambat keluar sebab affected by flood sampai jam 1 pagi, gimana sihhhh mau naik jam 3 pagi.




We are on top of Maragang Hill, ho yeahhhhhh!


 Menurut guide, selain pakej hiking seperti kami ni ada lagi pakej star gazing di mana kena start naik jam 10 malam pergi tengok bintang-bintang sampai lah ke subuh, pakej untuk camping pun ada juga. Selain tu pakej hiking ada start jam 3 pagi dan ada start jam 6 pagi. 

Tapi tu lah kalau hujan susah sikit, ada adegan tergelincir tergelincir. Jadi kena berhati-hati lah. Mau juga jogging-jogging lah kan sebulan kah sebelum pergi hiking. Boleh tahan juga bagi yang newbieee macam gue walaupun perjalanan tidak lama. Maragang Hill ni 2,322 m from sea level! Untuk pengetahuan hahaha jadi sendiri faham lah ya jauhnya.

Until next trip! See you soon :)



 

Friday, January 17, 2020

Progress itu dinamakan azam baru

This year untuk menjadikan azam baru menjadi kenyataan dan lebih efisien, saya telah membeli Budget Planner murs murs dari Shoppee. Itu dia!! Hahahaha kita tengok nanti ya sama ada menjadi kah tidak teknik baru ni.

Setakat ini masih okay lagi, setiap perbelanjaan day by day di catat owh. Tiada ambil gambar pula Budget Planner gueee nanti lah yerrr I belanja gambar hahaha. Yang penting saya pun sikit pening nampak Budget Plannernya, detail sungguh tapi takpa lah. Ni mengajar kita menjadi super saverrrrr hahahhahaa rasa makin kedekut pun ada tau. Tauuuu! Hahahaahaa

Tu jak lah kot semenjak menjak ada Shoppee ini macam makin boros ba. Aduiii teringat duit ada sikit lagi di bank, gatal lah tangan tu.

Bagaimana dengan anda? Jangan mudah mengalahhhh debilang tu lagu. Apa-apa pun dari kita saja baitu!

Tuesday, January 7, 2020

Hello 2020!

Hello everyone!!

Apa azam baru anda? Lols macam ketinggalan jaman jak tanya azam baru sekarang ni. 

Boleh tak saya mau continue dengan azam baru saya tahun lalu yang macam kurang menjadi tu hahahaha sebab tahun lalu azam baru saya mau kumpul duit tau untuk kahwin. But end up 2x setahun juga pergi berjalan poya-poya dengan my sisturrrs.

Ada juga save lah sikit tapi boleh buat kahwin pun hahahahahaa terlampau sikit.

Bagaimana dengan anda? Mesti ada azam baru kan!

Dan tahun ni saya rasa mau berjalan dalam negeri saja la. Tu pun macam kepuasan suda akooo...samaaaaa jak dia punya tarikan tu ai macam mau stop stop sudah.

Anywayssss nanti ai update mana-mana tempat saya sudah berjalan di Sabah and lagi satu writing challenges saya tahun lalu tidak habis lols. Boring ba topiknya, nanti ai cari lagi baru writing challenges untuk tahun ni hahaha.

'Til then, XOXO