Amboi kemain tajuk entri kan wkakakakkakaka. Lama tidak update pasal masakan ni sebabnya saya bukan pandai masak pun, kalau boleh mau yang mudah-mudah sahaja. Lols.
So here we go!
Sebenarnya resepi ni pun cari-cari di google juga, dan combine lah pelbagai resepi jadi yang mudah sangat ni. Nama resepi adalah Daging Payau (Rusa) Masak Bawang Besar :P
Bahan-bahan:
1) Daging payau sebesar satu genggam tangan yang dipotong kecik-kecik (yang bestnya daging ni mudah dipotong, tidak perlu leceh macam tengok arah aliran urat daging?? hahaha kan daging lembu macam tu, nanti salah potong maka liat lah daging anda nanti..walaupun masak lama)
2) 3 biji bawang putih diketuk
3) 1 biji bawang merah dihiris-hiris
4) 1 biji bawang besar
5) Sos tiram
6) Kicap manis
7) Garam
8) Black pepper
9) Halia. Sebesar ibu kaki hahahahaha hiris-hiris kan
Cara memasak:
1) Masukkan daging dalam kuali, tuangkan air sampai takat melitupi daging sahaja dan biarkan mendidih dan sehingga lah air kering.
2) Semasa proses air kering masukkan bawang putih dan halia.
3) Apabila air kering tuang sedikit minyak ikut suka hati anda.
4) Masukkan bawang merah dan gaul-gaulkan.
5) Tambahkan sos tiram dan kicap manis. Gaulkan lagi.
6) Tambahkan dengan black pepper dan sedikit garam. Gaulkan lagi.
7) Last sekali tambah bawang besar. Gaulkan lagi.
8) Dah nampak bawang besar sudah masak. Siap!
Kalau masakan macam melekit atau langsung tidak menyelerakan sebab tiada kuah, masa masukkan sos tiram dan kicap manis tu boleh tambah sikit air lah kayyyy.
Tadaaaaa...