Friday, June 29, 2018

Tak kenal maka tak cinta



Lada putih! 

Goreng campur ikan bilis or ikan masin..or goreng campur sardin pun boleh!

Paling sedap aaa


Tuesday, June 12, 2018

Phnom Penh, Cambodia

Ada sesiapa bercadang untuk bercuti ke Cambodia?

This is my very first trip outside Malaysia. Setelah berumur 29 tahun. Hahaha.

Dan walaupun saya first time, tapi saya pergi berdua dengan my sister yang sudah selalu pergi trip. And yang bestnya, untuk trip ni dia urus segalanya. I tinggal jalan dan bayar apa-apa yang patut dengan dia.

Dan percutian ni lone ranger! Stail backpackers saja.

Day 1: Flight from Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Phnom Penh

Flight dari Kota Kinabalu jam 10.35 am tapi ada delay sekejap dan kami terpaksa berlari kejar flight to Phnom Penh. Sampai di International Airport of Phnom Penh pada jam 5 pm. Kami naik Tuk Tuk ke Home Suite Hotel, dan DITIPU oleh pemandu Tuk Tuk dengan minta tambang 12 usd. Sebab dia tau kami tourist kan..cessssss betul. 


76 usd untuk percutian 4 hari 3 malam


Day 2: Museum of Cambodia, Royal Palace & Silver Pagoda

Hotel kami memang dekat jak dengan tiga tempat ni, jalan kaki pun boleh. Pagi-pagi kami makan di gerai tepi jalan saja. Saya order nasi ayam, my sister order mee sup tapi end up tidak habis pasal sup dia manis.


Guna ayam kampung kot ni, lain rasa..



Sup manis dan banyak bawang


Kedai tepi jalan tu bersebelahan dengan muzium saja, jadi kitorang pun bermula lah dari situ.





Muzium Cambodia pandangan dari luar


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Royal Palace, betul-betul sebelah jalan raya jak kay..so memang mudah. Save money!




Royal palace ni sangat sangat luas..boleh basah ketiak juga kalau pusing. Cantik kannnnnnnnnn



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Silver Pagoda, dalam kawasan yang sama sahaja cuma yang ni ada pintu laluan berasingan lagi.


I bagi gambar 1 jak kay hahaha...dah nama silver pagoda memang silver lah kan warnanya. Dia ada banyak sangat pagoda ni tau, pelbagai saiz


Hari pertama ni kami awal surrender untuk berjalan sebab sangatttt panas. Dan kami terus gelap gulita. Jam 1 macam tu kami balik hotel, terus mengurung diri. Petang tu makan di hotel restaurant jewww.

Hari ke-2 juga sudah pergi Central Market menaiki Tuk Tuk, awal-awal dah beli souvenir. Mau fed up juga lah pusing dalam kawasan tu cari souvenir.

Day 3: Independence Monument, Statue of King Father Norodom Sihanouk & Cambodia-Vietnam Friendship Monument & Sisowath Quay

Oleh sebab serik dengan hari pertama yang sangat penat jadi kitorang mulakan perjalanan awal, breakfast pun makan di hotel restaurant sahaja. Sama jak dengan makan di luar, dan yang penting MAKANAN TIDAK MANIS okay. hahaha

Tiga areas ni semua nearby sahaja, jadi jalan kaki sahaja. Dapat map dari hotel jadi senang mau bergerak. 



Independence Monument
(Dalam gambar nampak cantik waktu malam)


Statue of King Father Norodom Sihanouk



Dan ini Monumen kecil-kecil di sekitar Cambodia-Vietnam Friendship monument..ia adalah monument yang mengingatkan tragedi yang membunuh nyawa untuk tuntut keadilan

Kami siap visit tempat ni dalam jam 10 pagi, jadi balik tu kami lepak dulu di kedai kopi yang ada wifi dan ada air-cond hahahaha dalam jam 12 begitu kami pun balik hotel. Dalam perjalanan balik sempat beli kuih muih untuk makan di bilik. Sampai bilik, rehat dan tidur.

Petang tu pergi jenjalan di Sisowath Quay. Sebenarnya tempat ni masa 2nd day lagi nampak tapi tidak berkesempatan berkunjung. Dan kami hairan gila, sangat ramai menjual bunga teratai. Rupanya untuk kegunaan sembayang. Sempat juga tengok public gym tengah bandar. Pelik tapi benar.

Day 4: AEON Mall & Sisowath Quay

Paling santai kay, bangun pun mau dekat jam 10 am. Pastu naik Tuk Tuk pergi AEON Mall Cambodia. Nampak makanan banyakkkkk, pusing-pusing cari apa yang boleh dibeli tapi tidak jumpa sebab mahal gilaaaa. Lagi bagus shopping baju di tempat sendiri.

Dalam jam 3 petang macam tu balik lagi, turun di Sisowath Quay tengok pemandangan sungai Mekong. Jalan jak menyusuri sungai tu last-last sampai night market. Tidak banyak yang best, kawasan tidak luas. Kebanyakan jual baju. Lastly saya yang membeli baju.

Dah gelap sikit, kitorang jalan kaki jak balik. Makan di restoran dalam hotel jeeeeee.

Day 5: Balik Malaysia

Awal pagi dalam jam 5 pagi dah check out dari hotel, naik Tuk Tuk ke airport. Balik Malaysia daaaaa. Dan interesting part, makan di Burger King yang non-halal. Pelik rasa sebab di Malaysia, makanan Burger King halal kan. Ikut country lah kot. Kannnnnn

Yang penting bila sampai KL beli roti gardenia banyak-banyak, sekali flight delay kami baham duluan lah roti tu. Hahaha

P/s: Banyak gila gambar kaaayyy tapi malas upload hahahaha

Secara ringkasnya perjalanan ke sana hanya makan belanja berikut:

Tiket flight KK-KL-Phnom Penh/Phnom Penh-KL-KK : RM 300 (cari tiket murah tapi ni sister saya yang urus tau hahahaha)/ AirAsia dan siap ada makan dalam flight lagi haha
Hotel: 38 usd
Bajet jalan/makan etc: RM600
Sediakan payung sebelum hujan dalam akaun: RM400 (tapi guna dalam RM100 jak)

Tips cuti bajet:

1) Cari tiket murah, jadi kena rajinkan diri
2) Hotel booking awal dari laman web cthnya booking.com
3) Duit tukar siap-siap supaya tidak susah cari money changer (kami tukar RM600 kepada usd dari KK, sampai airport Cambodia baru tukar duit tu to Riel Cambodia)
4) Sediakan duit tambahan dalam account manalah tahu tidak cukup duit tiba-tiba, dan jangan lupa aktifkan kad atm untuk pengeluaran di luar negara. Macam saya guna Maybank, boleh aktifkan melalui online ja. Dalam section card management dalam Maybank2u


Friday, June 1, 2018

ikan masin


Before




After


Kalau orang Dusun tapi tidak kenal ni resepi saya tidak tau lahhh. Baik pi jauh-jauh hahahahhaa. Ni makanan simple dan cepat, sesuai untuk orang pemalas macam saya.

IKAN MASIN GORENG LADA PUTIH!

Nyum nyum nyum

Jom makan!

p/s title bukan main lagi -__- malas cari