Saturday, June 21, 2025

akauntan

Menjaga hati supaya orang tidak malu is another level of me nowadays hahahaha kau menipu saja lah sebanyak mana I is okayy saja tu, bumi ni empat segi pun saya iyakan saja. I don't know la dia mau menipu atau sebenarnya dia tidak tahu tu tidak pasti lah pula, tapi apa tu kata PDRM 'Kalau tidak tau, jangan kongsi' kan.

Entah apa tujuannya bercerita, sebab dulu I pernah kerja sebagai admin? Jadi dia pun dulu kononnya pernah kena offer juga kerja laki bini, dia sebagai akauntan dan lakinya sebagai apa tidak pasti laa sebab yang dia highlight betul di situ dia as an accountant! Wahh kemain dia bercerita jadi iya kan saja lah supaya cepat habis. Pura-pura sudah main handphone supaya mulut tidak sepontan bercakap yaaa memperbetulkan dia.

Kau sekolah apa juga kau boleh jadi accountant? kalau setakat lepasan Form 6 saja tidak boleh jadi accountant sis biarpun kau ada ambil jurusan prinsip akaun ka, perakaunan ka. Bukan semudah itu mendapat title accountant :| Ada diploma in accounting, bachelor degree in accounting baru boleh dapat yang begitu tu yaaa nda payah laa pijak kepala orang. Kecuali lah company yang offer tu company kampung@cikai cikai yang setakat ada jawatan pun boleh laa..

Nasib laa laki ku ada situ, dia jak lah melayan. Kalau dia anggap dia sudah menang sebab saya diam jak, biar lah dia :D bukan level ku mau perbetulkan orang bodss. Sekarang kan ada chatgpt, kau pergi lah search benda-benda fakta begitu so that you know tidak lah malu betul kalau mau memperbodohkan orang.

Ermmm -___________-

Friday, May 9, 2025

semoga dan semoga

Dulu masa di Keningau introvert ku masih lagi di skala rendah guys, boleh lagi sampai rumah bercerita, makan-makan, then mandi then baru menyendiri. Sebabnya mungkin jumpa kawan yang masuk air kan. Lepas tu pindah pergi Ranau saya tinggal sendiri, sampai rumah memang dengan dunia sendiri except bila husband datang melawat. Lepas tu lama-lama ber bestie dengan seorang kawan, sebelah petang after office hour memang kami online sekejap, atau pergi jogging, atau ambil sayur. Entah itu kira introvert kah tidak?

Sekali sekarang saya rasa introvert saya makin teruk sebab saya tidak jumpa my perfect friend yang sama kepala. Colleagues juga kebanyakan lelaki, perempuan 1 2 orang sahaja. Lepas tu dengan every week dan cuti lama sikit memang kami balik kampung kan sebab kami bukan local di Sandakan. Jadinya memang saya tiada kawan. Terus rasa introvertnyaa diri ku tapi kalau jumpa orang sebenarnya saya bercakap jew pun tapi masalahnya sekarang mau bercakap dengan siapa pun tidak tau. Faham kah perasaannya? Hahahaha tau tak perasaan ini baru muncul semalam sebab I'm alone kan jadinya overthinking sendiri.

So today I tried to speak with sesiapa saja, at least bercakap lah dengan orang lain (tidak termasuk colleagues) biarpun seorang jew sehari. Pak guard kah, makcik cleaner kah, staf lain kah kan..I berjaya jak pun. So I will use this method from today onward, try to speak with anyone at least one person pun sudah cukup memadai. Tidak termasuk kawan kerja aa sebab dengan diorang memang becok jak mulut ku bercakap.

Semoga method ku berjaya dan saya rasa akan lebih 'live' lagi hidup ini.

Wednesday, May 7, 2025

Kata adikku

Semoga yang suka menyantet itu beranak pinak di muka bumi ini, menjadi kaya-raya billionaire, mempunyai anak, cucu-cicit yang terpaling cantik dan handsome di dunia, bijak-bijak belaka sampai tiada lagi berperasaan dengki dan benci dengan orang lain sebab kehidupannya sudah terlampau perfect di dunia ini sampai tiada sudah impiannya, tercapai sudah semua...dan tidak lagi menyantet orang lain.

Sekian~

Monday, March 24, 2025

Ruined

 My first interview with kerajaan negeri ruined, memang begitu lah kan first timer. Even colleague yang sudah masuk staf sementara pun kali ke-2 interview jawatan yang sama pun baru dapat. Tapi sepatutnya menjawab tu mana boleh buat alasan first timer tak gitewww. 

Antara ramai-ramai calon interview tu, saya tidak sampai 10 minit pun di dalam. Interviewer pun malas tanya soalan. Nampak gayanya telah direject dari awal. Penat membaca itu ini sebelum interview tapi tidak kena tanya pun. Takpa laaa aku redha.

Nampaknya kena berharap kepada next harapan iaitu harap disambung kontrak tahun depan HAHAHA.

Soalan yang tadi sempat ditanya

1) Deskripsi tugas kerja sekarang

2) Adakah anda sanggup bekerja di tempat yang jauh dari keluarga sekiranya dapat jawatan ini?

3) Skim Q dalam perkhidmatan

4) Apa contoh spesies untuk penanaman di ladang hutan?


Manatau ada yang kena panggil interview kerajaan kan boleh lahh guna soalan ni sebagai rujukan.

Kbai.